“UFC Boleh Simpan Wang Kemenangan Saya Jika Tukhugov Diharamkan MMA” – Khabib

“UFC Boleh Simpan Wang Kemenangan Saya Jika Tukhugov Diharamkan MMA” – Khabib

0
SHARE
Khabib (tengah) Zubaira (kiri) dan Islam (kanan)

MAKHACHKALA, DAGESTAN РKhabib Nurmagomedov menegaskan kepada UFC dan Suruhanjaya Atletik Nevada (NAC) bahawa mereka menyimpan wang kemenangannya jika rakan sepasukan Zubaira Tukhugov diharamkan daripada sukan MMA.

Petarung Dagestan itu juga mengancam meninggalkan UFC jika syarikat kendalian Dana White itu tidak mengubah keputusan tersebut.

Susulan pergaduhan itu, NAC turut menahan hadiah wang kemenangan Khabib berjumlah AS$1.5 (RM6.24 juta) sementara siasatan dijalankan.

“Kenapa UFC tidak menghukum individu (McGregor) yang menyerang bas (insiden di Brooklyn April lalu) dan hampir membunuh beberapa orang?

“Kenapa berdiam diri apabila negara, agama dan keluarga saya dihina?

“Kenapa rakan sepasukan saya sahaja yang dihukum sedangkan kedua-dua kem bergaduh?

“Tak perlu hukum Zubaira, tetapi hukumlah saya. Jika UFC pecat Zubaira, UFC juga kehilangan saya.

“Bangsa Rusia tidak akan meninggalkan saudara mereka dan akan berjuang sehingga ke penghujung,” kata Khabib di Instagram.

Tambah Khabib: “Kamu boleh simpan duit saya. Nampaknya kamu terlalu sibuk dengan perkara itu. Bagi saya, maruah lebih penting.”

Zubaira dijadualkan beraksi menentang Artem Lobov di UFC Fight Night 138 di Kanada pada 27 Oktober ini.

Namun UFC telah mengeluarkan kenyataan bahawa pertarungan itu dibatalkan dan Lobov akan diberi lawan baharu.

Lobov adalah rakan sepasukan McGregor yang menjadi punca disebalik ‘drama’ perang menjelang UFC 229 di Las Vegas, Ahad lalu.