Ujian Percubaan Vaksin COVID-19 Terhadap Manusia Akan Dijalankan Di UK

Ujian Percubaan Vaksin COVID-19 Terhadap Manusia Akan Dijalankan Di UK

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Ujian percubaan bagi vaksin ‘korona virus’ atau COVID-19 terhadap manusia akan dijalankan di United Kingdom (UK).

Menurut Ketua projek, Prof Robin Shattock dari Imprerial College London berkata, seramai 300 sukarelawan akan divaksin dalam beberapa minggu akan datang.

Sebelum ini, mereka telah membuat ujian terhadap haiwan makmal dan didapati vaksin ini selamat digunakan dan berkesan merangsang sistem pertahanan badan.

Ini adalah salah satu daripada 120 program penyelidikan menghasilkan vaksin COVID-19 di seluruh dunia.

Memetik sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kebanyakan program ini tidak sampai ke tahap ujian makmal, namun 13 penyelidikan telah memasuki ujian klinikal iaitu lima di China, tiga di Amerika syarikat, dua di UK dan masing-masing satu di Australia, Jerman dan Rusia.

Ujian bagi menghasilkan vaksin COVID-19 ini telah ditaja UK sebanyak £41 juta dan £5 juta bantuan daripada pihak lain.

Selepas ujian fasa pertama ini, satu lagi ujian dirancang pada Oktober membabitkan 6,000 sukarelawan.

Pasukan penyelidik Imperial College London berharap vaksin COVID-19 dapat diedar di UK dan negara lain awal 2021.