Umat Islam Pertikaikan Kenapa Pemimpin DAP Yang Agih Zakat?

Umat Islam Pertikaikan Kenapa Pemimpin DAP Yang Agih Zakat?

0
SHARE

JELUTONG, PULAU PINANG – Selepas beberapa keping foto tular agihan Zakat telah diberikan melalui Ahli Parlimen DAP P. Kasthuriraani dan RS Rayer Ahli Parlimen Jelutong, umat Islam dilihat berterusan mempersoalkan kewajaran pemimpin bukan Islam membuat pengagihan Zakat tersebut.

Turut dipersoalkan adalah kredibiliti ahli Parlimen DAP P. Kasthuriraani salah seorang pemberi zakat apabila pemimpin ini begitu vokal meminta agar kerajaan sebelum ini mengiktiraf isu murtad di Malaysia.

Di antara komen yang dapat dilihat oleh sebahagian warganet pula adalah “kami tidak mempersoalkan pemimpin bukan Islam mengagihkan sedekah atas kapasiti mereka sebagai pemimpin, tapi yang menjadi persoalan ketika ini masjid masih menjadi isu utama pemimpin-pemimpin bukan Islam hadir untuk membuat program dan turut dipersoalkan kenapa serahan Zakat tidak disempurnakan dan diagihkan oleh pemimpin Islam.”

Seorang Peguam Adzly Abd Manas turut mengulas isu ini dengan berkata “setahu saya nak agih Zakat perlu agihkan terus kepada orang miskin (asnaf) penerima Zakat dan bukan bagi dalam masjid dan Surau.”

“Adakah pihak Pusat Zakat memantau cara agihan zakat ini, atau ia hanya satu gimik politik oleh pihak Kerajaan PH sahaja.”

“Membayar Zakat adalah salah satu Rukun Islam. Orang Bukan Islam Bayar Zakat ka, jadi Amil pun salah satu syaratnya mesti beragama Islam,” Adzly berkata lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan, Mohd Kamil AB Halim pula berkata “tindakan biadab beberapa Adun DAP yang mengagihkan bantuan daripada Zakat Pulau Pinang untuk kepentingan politik, oleh Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto telah mengulangi perlakuan yang sama seolah-olah dengan sengaja terus mencabar sensitiviti serta campur tangan dalam urusan ibadat orang Islam.”

“Biarpun ibadah zakat itu sah, tindakan Kasthuriraani Patto memperguna institusi zakat Islam untuk kepentingan peribadi beliau adalah merupakan satu penghinaan kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia dan bercanggah dengan Sunnah malah merosakkan nilai-nilai dakwah yang ada pada ibadah zakat itu sendiri.”

“Kami juga menggesa Kasthuriraani Patto segera menghentikan sikap ‘talam dua muka’ beliau daripada memperguna masjid dan insitusi zakat sehingga sanggup berprogram di depan mimbar khutbah demi keuntungan politik. Umat Islam tidak pernah lupa segala penghinaan dan ejekan beliau terhadap Islam,” Mohd Kamil berkata lagi.

Mufti Kelantan SS Ustaz Mohamad Shukri Mohamad pula berpendapat adalah ‘tidak manis’ bagi bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kerana ia memberi gambaran seolah-olah tiada orang Islam layak menguruskan agihan zakat.

“Isu sekarang adalah membabitkan isu pengurusan, ia tidak melibatkan soal hukum.

“Tetapi, lebih beradab dan lebih manis jika orang Islam sendiri yang menguruskan agihan zakat, bahkan amil-amil yang dilantik untuk mengutip zakat juga boleh mengagihkan zakat,” tambah Ustaz Mohamad lagi

Berikut adalah paparan lontaran komen daripada warganet selepas isu ini tular: