UMNO, PAS Akan Bincang Pemilihan Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat

UMNO, PAS Akan Bincang Pemilihan Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat

0
SHARE

Memetik kenyataan BH Online, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata bahawa UMNO dan PAS bercadang untuk berbincang dengan PAS sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 16 Julai ini.

“Kita belum pilih siapa yang akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang biasanya dipilih dan saya berbincang dengan PAS siapa yang akan dilantik…

“Kita adakan mesyuarat pra persidangan Dewan Rakyat. Kita juga mengalu-alukan mana-mana parti yang sudi untuk bersama kami kerana pada masa ini yang jadi pembangkang ialah UMNO dan PAS,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Ia adalah sidang media pertama Ahmad Zahid selepas terpilih sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden yang baharu terpilih, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabry Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas mengenai spekulasi kemungkinan Khairy Jamaluddin akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang.