UMNO Perlu Jawab Harta JJ Cecah RM2.1 Bilion Selama 15 Tahun Jadi...

UMNO Perlu Jawab Harta JJ Cecah RM2.1 Bilion Selama 15 Tahun Jadi Menteri – AMK

0
SHARE
Lee Chean Chung...

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) terkilan dengan jumlah harta dimiliki oleh bekas menteri Mendiang Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang mencecah RM2.1 bilion.

Ini termasuk Kondominium di Amerika Syarikat (RM10 juta), pangsapuri studio di Makkah (RM4 juta), 9 hartanah di Pekan, 4 di Rompin, dan dua di Kuantan. Hartanah lain terletak di Putrajaya, Setapak, Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Perak. Nilai saham sahaja telah melebihi RM2 bilion.

Datuk Seri Jamaluddin Jarlis pernah memegang jawatan Menteri Kewangan Kedua (2002-2004), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (2004), Menteri Sains, Technologi dan Inovasi (2004 – 2008), Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (2009-2012), Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia dan lain-lain. Beliau telah memegang jawatan Jemaah Menteri selama 15 tahun semasa beliau berada dalam UMNO.

Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarlis…

Mengikut Kod Tataetika Kerajaan, seharusnya Menteri tidak boleh melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Persoalannya, bagaimanakah Datuk Seri Jamaluddin Jarjis boleh memiliki harta melampau yang mencecah RM2.1 bilion? Secara purata, ini bersamaan dengan penambahan kekayaan sebanyak RM33 juta setahun sejak kelahiran beliau.

Sebagai parti politik pembangkang terbesar di Malaysia, UMNO seharusnya tampil untuk memberikan jawapan supaya meredakan keraguan rakyat. Saya turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes tersebut supaya amalan sebegitu tidak lagi meresap dalam budaya politik Malaysia.

YB Lee Chean Chung,
Ketua Penerangan AMK,
ADUN Semambu, Pahang.