UMNO Tingkatkan Kerjasama Dengan PAS

UMNO Tingkatkan Kerjasama Dengan PAS

0
SHARE

UMNO membuat ketetapan untuk meningkatkan kerjasama dgn PAS di PRK Seri Setia ke satu tahap lebih tinggi dari apa yang PAS beri di Sungai Kandis.

Pemimpin kanan UMNO di benarkan turut mengiringi calon PAS hari ini di pusat penamaan calon sebagai tanda sokongan moral dan sekiranya di minta,pemimpin dan penceramah UMNO juga turut dibenarkan berkongsi pentas dan berkempen untuk calun PAS.

Jentera UMNO di setiap cawangan juga di benarkan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jentera PAS sekiranya diminta oleh pihak PAS.

Kerjasama ini atas dasar RAKYAT BERBILANG KAUM PERLU DI SATUKAN UnTuK KITA MENOLAK PH YANG TERBUKTI TELAH MEMBOHONGI RAKYAT…

Pakatan Harapan (PH) juga mengizinkan terlalu banyak kerosakan kepada keharmonian hidup rakyat, nilai keagamaan, bahasa dan budaya.

Sokongan PH kepada ideologi songsang dan berhaluan kiri termasuk Sosialis, Atheis, komunis, LGBT, liberalism dan seumpamanya bercanggah dengan rukun negara dan boleh merosakkan fabrik politik, sosio budaya dan kerukunan negara.

Rakyat juga perlu memberi isyarat bahawa kita menentang Cukai SST 10% + 6% yang kerajaan PH sendiri akui tidak efisen dan tidak telus.

SST HANYA MEMBERI UNTUNG KPD TOWKEY ,”pelari cukai” DAN MENGGALAKKAN “BLACK ECONOMY”yg akhirnya merugikan negara dan rakyat…

Rakyat perlu di satukan agar Malaysia kita segera di selamatkan sebelum terlambat.
Rakyat semua kaum dan agama perlu bangkit dan tunjukkan kuasa rakyat agar rakyat tidak lagi ditipu oleh politik gaya “MACHIAVELLI” dan “KAKISTOCRACY” serta “Kelentongkrasi” PH…

Seri Setia dan Balakong medan referandum rakyat..

HIDUP RAKYAT!!…MERDEKA!!

SETIAUSAHA AGONG UMNO