Video: Aktiviti Pembalakan Semakin Teruk Di Sabah?, Di Bawah Kerajaan Parti Warisan,...

Video: Aktiviti Pembalakan Semakin Teruk Di Sabah?, Di Bawah Kerajaan Parti Warisan, Rakyat Sabah Semakin Bimbang, Minta SPRM Campur Tangan

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sebuah badan bukan kerajaan NGO, Gerakan Anti Rasuah Malaysia atau GERAM meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat aktiviti pembalakan di Sabah yang dilihat semakin tidak terkawal.

Dalam satu kenyataan, Rauf Jualis jurucakap GERAM berkata “video beberapa buah lori mengangkat kayu balak secara terang-terangan di jalan raya berserta foto aktiviti pembalakan yang tular sejak beberapa hari yang lepas di media sosial Facebook dan WhatsApp amat mengejutkan, ini adalah satu bukti yang cukup jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan aktiviti pembalakan di Sabah ketika ini.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“SPRM diminta tampil untuk menyiasat aktiviti pembalakan ini kerana khuatir ianya akan menyebabkan bencana alam terutamanya banjir dan yang lebih parah lagi adalah pencemaran air sungai untuk kegunaan harian penduduk kampung termasuk aktiviti menagal sungai bagi membiakkan ikan akan teruk tejejas.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Pihak GERAM juga akan menulis sepucuk surat kepada Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia untuk melihat perkara ini kerana melibatkan hal ehwal dan masa depan rakyat Sabah.”

“Untuk rekod, Shafie Apdal dalam satu kenyataan pada 02 Jun 2018 juga turut mengakui kegiatan pembalakan adalah antara punca berlakunya banjir kilat di beberapa daerah di negeri ini khususnya di Penampang,” Rauf berkata lagi.

Kenyataan Shafie yang dipetik portal berita tempatan Sabah…
Kenyataan Shafie yang dipetik portal berita tempatan Sabah…

Dalam satu kenyataan yang lain, oleh beberapa orang aktivis alam sekitar pula berkata, “sebelum ini pimpinan dan jentera Parti Warisan telah membuat fitnah dan menuduh aktiviti pembalakan di Sabah kononnya telah dimiliki sepenuhnya oleh Tan Sri Musa Aman, malahan Pengarah Jabatan Hutan Negeri Sabah Datuk Sam Manan yang terkenal dengan ketinggian integriti dan turut diiktiraf oleh pihak aktivis alam sekitar dalam dan luar Negara kerana program pemulihan hutan turut ditamatkan kontrak sebagai Pengarah Jabatan Hutan.”

“Persoalannya adalah Tan Sri Musa Aman ketika ini sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan di negeri Sabah, jadi rakyat Sabah ingin tahu dan bertanya siapakah pemilik sebenar balak-balak ini?” soal aktivis ini lagi.

“Datuk Seri Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah sepatutnya tampil mendedahkan kepada umum siapa individu dan syarikat yang bertanggungjawab menebang balak-balak ini dan adakah aktiviti pembalakan dilakukan secara sah atau haram?”

“Rakyat Sabah berhak dimaklumkan siapa pemilik sebenar Syarikat pembalakan yang bergerak semakin agresif ketika ini, disebabkan tersebarnya berita yang belum disahkan ketulenannya kononnya pemilik syarikat balak ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan beberapa orang pemimpin parti di Sabah malahan turut mendapat hasil keuntungan daripada aktiviti pembalakan terbabit.”

“Harus diingat sebelum ini Ismaily Bungsu telah mendedahkan bukti beserta gambar adanya amalan rasuah dikalangan mereka yang berstatus menteri bagi membeli undi untuk jawatan tertinggi Parti Warisan Sabah.”

“Sebagai aktivis dan rakyat Sabah yang cintakan bumi hijau, kami juga ingin mengecam Datuk Seri Shafie Apdal kerana dilihat seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat Sabah mengenai larangan pengeksportan kayu balak, tetapi dalam masa yang sama aktiviti pembalakan berjalan dengan rancak dan yang teramat malang lagi adalah jelas kelihatan saiz kayu balak yang ditebang masih terlalu muda dan agak kecil.”

“Sepatutnya kayu tersebut dibiarkan kekal tua untuk generasi muda yang akan datang. Sumber air termasuk oksigen datangnya dari hutan, apa akan berlaku kepada negeri Sabah sekiranya aktiviti pembalakan ini dibiarkan?

“Justeru, aktiviti pembalakan yang dilihat seolah-olah semakin tidak terkawal di Sabah jelas menunjukkan kegagalan Datuk Seri Shafie mentadbir Sabah dengan baik,” menurut kenyataan daripada beberapa orang aktivis yang ditemui.