Video Pesanan Dato’ Seri Najib Razak Kepada Rakyat Malaysia

Video Pesanan Dato’ Seri Najib Razak Kepada Rakyat Malaysia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak yang ditahan oleh pihak SPRM memuat naik video pesanan kepada seluruh rakyat Malaysia melalui laman sosial facebook dan twitter beliau.

Seluruh dunia dan rakyat Malaysia hari ini sedang memerhatikan proses undang-undang di Malaysia samaada ianya berjalan mengikut peraturan atau sebaliknya.

 

Diantara pesanan Najib adalah:

“Rakyat Malaysia sekiranya saudari mendengar mesej ini maknanya tindakan sudah pun mula diambil ke atas saya. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan terbaik. Saya sudah lakukan sedaya upaya saya, namun saya sedar ia tidak mencukupi kerana saya akui saya banyak kelemahan. Namun demikian saya ingin menyuarakan isi hati rakyat Malaysia yang sangat saya kasihi.

“Ya, memang saya tidak sempurna seperti manusia, namun percayalah apa yang dituduh ke atas saya dan keluarga tidak semuanya benar. Memang rumah kami digeledah selama berhari-hari, memang saya disiasat dan ada barang yang dirampas, namun semua ini belum konklusif. Ada banyak berita, gambar yang tersebar bersifat khabar angin, palsu dan fitnah.

“Biarlah siasatan dijalankan dahulu, saya belum berpeluang untuk mempertahankan diri saya. Ya, saya sudah tewas dan saya akur keputusan rakyat dan saya sedar banyak kekalahan ini juga bermakna saya terdedah kepada tohmahan yang dahsyat. benar semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang, bukan sahaja di dunia tetapi balasan di akhirat. Tiada sesiapa akan terlepas termasuklah sang penguasa di dalam kerajaan hari ini dan mereka yang menyebar khabar angin serta mengaibkan orang lain.

“Saya terima bahawa hari ini adalah hari saya dan keluarga menjalani dugaan dunia. Saya tetap bersyukur kerana tidak semua yang berpeluang menjalani dugaan dunia, kita semua tahu bahawa dugaan di akhirat adalah jauh lebih perit. Saya akan hadapi dengan tabah sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui, Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Sekian sahaja daripada saya.”