Video Tular ‘Pilak’ Sebut “Saya Datuk Shafie Apdal Punya Orang” Dikecam Netizen!!

Video Tular ‘Pilak’ Sebut “Saya Datuk Shafie Apdal Punya Orang” Dikecam Netizen!!

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sejak kelmarin, satu video jelas kelihatan seorang wanita yang dipercayai berbangsa Bajau yang menyebut “Saya Datuk Shafie Apdal Punya Orang” telah tular di laman media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp.

Video tersebut dikatakan telah dirakam di salah satu pusat membeli-belah sekitar Kota Kinabalu jelas telah menaikkan lagi kemarahan rakyat Sabah menunjukkan seolah-olah Shafie Apdal adalah manusia yang paling berkuasa bagi bangsa Bajau Filipina di Sabah.

 

 

 

 

 

 

“Pilak semakin besar kepala di Sabah, selepas ini diberikan pula PSS makin bertambahlah ego mereka”. (‘Pilak’ adalah merujuk kepada istilah penduduk tempatan terhadap warga Filipina khususnya berbangsa Bajau) demikian pandangan orang ramai ketika diminta mengulas video yang tular tersebut.

Ada juga di antara mereka yang berkata “kami juga dengar dan dapat maklumat segelintir penguatkuasa seperti Polis dan Imigresen pun takut untuk membuat pemeriksaan ke atas orang-orang Bajau Filipina ketika ini disebabkan mereka selalu mengaku mereka adalah orang Shafie Apdal, mungkin juga secara kebetulan Ketua Polis Negeri Sabah ketika ini ada kaitan keluarga dengan Shafie.”

“Istimewanya suku Bajau Filipina di Sabah bukan sahaja berkaitan dokumen seperti PSS tetapi projek pembangunan di Sabah kalau bukan orang Semporna jangan harap kamu boleh dapat,” ini pula pandangan yang disuarakan oleh kontraktor ketika ditemubual namun enggan namanya disiarkan.

Dalam pada itu sebahagian warganet turut mengulas video ini dengan berkata “kami betul-betul tidak sabar menunggu pilihan raya ke-15 untuk menumbangkan Parti Warisan. Kami akan tetap bersabar dan dalam masa yang sama kami berharap pengundi Parlimen Kimanis dapat mengajar Shafie Apdal dengan mempastikan Warisan kalah dengan majoriti yang cukup besar sebagai pengajaran kepada Shafie.”

Berikut merupakan beberapa lagi pandangan para warganet berhubung isu ini;