Video Timbalan Pengerusi DAP Melaka Berlagak Samseng Dengan Penduduk Kampung Dapat Kecaman...

Video Timbalan Pengerusi DAP Melaka Berlagak Samseng Dengan Penduduk Kampung Dapat Kecaman Netizen?

0
SHARE

Video Timbalan Pengerusi DAP Melaka Berlagak Samseng Dengan Penduduk Kampung Dapat Kecaman Netizen?

Video yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp menunjukkan YB Norhizam Hassan, Timbalan Pengerusi DAP Melaka bergaduh dengan penduduk kampung mendapat kecaman netizen.

Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri Melaka dikatakan telah mengarahkan penutupan jalan laluan oleh sebilangan besar penduduk kampung, selepas mendapat aduan oleh penduduk taman yang mana kebetulan jalan penghubung tersebut melalui taman perumahan.

 

 

 

 

 

 

Turut difahamkan mereka yang membuat aduan kepada Hassan agar jalan tersebut ditutup adalah penduduk yang majoriti di antara mereka merupakan masyarakat berbangsa Cina.

Dalam video tersebut Hassan dilihat menengking sekumpulan warga tua yang meminta agar Hassan mempertimbangkan agar jalan tersebut tidak ditutup, memandangkan laluan tersebut merupakan jalan alternatif bagi orang ramai serta laluan sebahagian besar masyarakat Islam ke masjid.

 

 

 

 

 

 

Menurut sebahagian netizen, meskipun Hassan adalah ADUN dan ahli DAP namun Hassan tidak sepatutnya boleh berkelakuan kasar terutamanya dengan warga tua. Hassan adalah orang melayu dan sudah tentu faham peradaban masyarakat melayu yang amat menghormati orang yang lebih tua.

Manakala sebahagian netizen juga menyifatkan Hassan sebagai pemimpin yang angkuh apabila beliau dikatakan tidak ingin melayan beberapa warga tua ini kerana mereka tidak berpelajaran.

Malahan ada netizen yang menyatakan kononnya Hassan sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori sahaja dan tidak sepatutnya cepat lupa diri…

Menurut mereka lagi tidak salah untuk Hassan menggunakan bahasa lemah lembut untuk menyelesaikan masalah tersebut terutama apabila berhadapan dengan warga tua meskipun mereka tidak berpelajaran.

Berikut adalah komen negatif netizen terhadap Hassan:-