VIRAL!!! Tersebar Surat Tawaran Syarikat Minyak Petron Bekal Minyak Kenderaan Kerajaan

VIRAL!!! Tersebar Surat Tawaran Syarikat Minyak Petron Bekal Minyak Kenderaan Kerajaan

0
SHARE

Viral: Tersebar Surat Tawaran Syarikat Minyak Petron Bekal Minyak Kenderaan Kerajaan

Laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp hari ini tular dengan tersebarnya surat tawaran membekal minyak kepada kenderaan kerajaan oleh syarikat minyak Petron.

Sebelum ini Petron telah dikaitkan dimiliki oleh anak Tun Mahathir oleh pemimpin tertinggi sebuah Parti di Malaysia…

 

 

Dalam pada itu ramai dikalangan netizen memberikan komen yang negatif terhadap kerajaan PH ketika ini dengan menyatakan amalan ‘kronisme’ dan ‘nepotisme’ seakan-akan mula dihalalkan di Malaysia.

Di Sabah sebagai contoh, amalan ‘kronisme’ turut diamalkan apabila Datuk Seri Shafie Apdal dilihat telah melantik Timbalan Ketua Menteri bekas setiausaha politik beliau dan juga turut berasal dari Semporna. Shafie juga melantik Amarjit seorang ahli parti warisan yang juga orang awam untuk menjadi Pengarah Jabatan Air Sabah.

Tidak pernah berlaku didalam sejarah dimana-mana negeri di Malaysia orang awam telah dilantik menjadi pengarah bagi mengetuai agensi kerajaan. Adalah menjadi kebiasaan orang awam dikalangan ahli politik untuk dilantik menjadi pengerusi di GLC tetapi bukan sebagai pengarah kepada agensi kerajaan.