Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Menggantung Diri

Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Menggantung Diri

0
SHARE

LOS ANGELES – Vokalis┬áLinkin Park,Chester Bennington ditemui mati tergantung. Perkara tersebut disahkan oleh pihak penguatkuasa kepada sebuah portal, TMZ. Mayatnya ditemui tergantung di kediaman persendirian di Palos Verdes Estate di Los Angeles, pada Khamis jam 9 pagi waktu di sana.

Chester yang merupakan rakan baik kepada vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell, yang juga dipercayai mati membunuh diri pada Mei yang lepas.

Linkin Park yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah menjual lebih daripada 70 juta album di seluruh dunia. Kumpulan ini juga pernah memenangi dua anugerah Grammy. Linkin Park terkenal dengan lagu ‘Faint’, ‘In The End’ dan ‘Crawling’.

Chester merupakan seorang bapa kepada enam orang anak dari dua isterinya.

Dia sebelum ini telah menderita akibat dadah dan alkohol selama bertahun-tahun. Sebelum ini dia telah memberitahu bahawa dia pernah ingin membunuh diri kerana didera ketika masih kanak-kanak oleh seorang lelaki yang lebih tua.