Wan Azizah Tidak Mendengar Sebarang Berita Rombakan Kabinet Daripada Tun M

Wan Azizah Tidak Mendengar Sebarang Berita Rombakan Kabinet Daripada Tun M

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  menegaskan bahawa beliau tidak mendengar sebarang desas-desus atau berita berhubung rombakan kabinet.

Ini selepas keluar satu berita hasil daripada tulisan sebuah blog semalam yang menyatakan bahawa berlaku rombakan kabinet di mana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menggantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang didakwa berlaku selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Menerusi catatan blog itu juga, desas-desus pelantikan Azmin itu dikuatkan lagi apabila Tun Dr Mahathir desas memberikan pelbagai tugasan penting kepada Azmin termasuk sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan serta kemungkinan mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

Dr Wan Azizah berkata keputusan perubahan kabinet harus diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Itu kena tanya PM (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed) sebab saya tak dengar lagi rombakan kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan sambutan Tahun Baru Cina 2019 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada Selasa.