WHO Keluarkan Amaran Negara Di Mediterranean Timur Berada di ‘Zon Kritikal’ COVID-19

WHO Keluarkan Amaran Negara Di Mediterranean Timur Berada di ‘Zon Kritikal’ COVID-19

0
SHARE
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)...

KAHERAH, MESIR – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengeluarkan amaran bahawa negara di Mediterranean Timur sedang berada di ‘zon kritikal’ dengan peningkatan kes COVID-19.

Keadaan ini amat membimbangkan kerana kebanyakan negara sudah mula mengambil langkah melonggarkan sekatan bagi mengekang penularan COVID-19.

Memeti laporan AFP, Pengarah WHO di Mediterranean Timur, Ahmed al-Mandhari dipetik berkata bahawa angka terkini kes COVID-ini menunjukkan penanda aras yang amat membimbangkan.

“Jumlah kes yang dilaporkan pada bulan Jun saja lebih tinggi daripada kes kumulatif dalam tempoh empat bulan selepas kes pertama dilaporkan di wilayah ini pada 29 Januari…

Ahmed al-Mandhari…

“Pelonggaran sekatan tidak bermakna kita boleh memandang ringan terhadap pelaksanaan tanggungjawab sosial,” katanya dalam satu persidangan video secara maya.

Beliau turut berkata, antara faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan kes secara mendadak ini turut disebabkan ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan secara lebih meluas bagi mengesan individu yang positif virus berkenaan.

WHO turut mengesahkan, pada Ahad lalu terdapat lebih 1 juta kes COVID-19 di 22 negara wilayah Mediterranean Timur yang merangkumi dari Maghribi hingga Pakistan.

Lebih 80 peratus daripada semua kematian di wilayah terbabit dilaporkan di lima negara iaitu Mesir, Iran, Iraq, Pakistan dan Arab Saudi.

Tegas beliau, setiap negara perlu terus memperkukuhkan solidariti global bagi melawan pandemik itu dengan memperkuatkan sistem kesihatan masing-masing.

Sementara itu, pegawai WHO yang turut menyertai persidangan maya itu turut menggesa pemimpin di negara Meditarenean Timur supaya mempergiatkan usaha bagi menyediakan katil khususnya di unit rawatan rapi (ICU) dan wad kecemasan.