Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Dukacita Dengan Penglibatan Masalah Sosial Masyarakat Islam

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Dukacita Dengan Penglibatan Masalah Sosial Masyarakat Islam

0
SHARE
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir...

KUALA PILAH – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan rasa dukacita baginda dengan statistik penglibatan masalah sosial dan jenayah yang tinggi dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini.

Baginda bertitah, lebih 90 peratus tangkapan yang dibuat ke atas kesalahan penyalahgunaan dadah adalah orang Islam terutamanya di kawasan Felda di Jempol, manakala daripada 83 kes tangkapan rogol yang dibuat sepanjang tahun ini, sebanyak 64 kes adalah tangkapan ke atas individu beragama Islam.

“Jenayah sumbang mahram pula melibatkan sembilan kes beragama Islam daripada 10 kes keseluruhan tahun ini…

“Remaja Islam di Malaysia juga terkenal aktif dalam aktiviti lumba haram motosikal sehingga mereka mendapat gelaran Mat Rempit manakala gerakan militan DAESH pula turut merekrut orang Islam yang salah faham mengenai nilai-nilai dalam agama Islam untuk berjuang atas nama Islam,” titah baginda di Majlis Pentauliahan Ahli-ahli Institusi Pentadbiran dan Perundangan Islam Negeri Sembilan┬ádi sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah.

– BERNAMA