YB Jaujan Jelas Menipu Fakta – Pengerusi G57

YB Jaujan Jelas Menipu Fakta – Pengerusi G57

0
SHARE
Dato' Jaujan Sambakong...

KENYATAAN AKHBAR
22 MEI 2019

YB Jaujan Jelas Menipu Fakta

1. Saya ingin mengulas mengenai kenyataan  yang telah dikeluarkan oleh Datuk Jaujan Sambakong ADUN Sulabayan kononnya pentadbiran Negeri Sabah ketika ini sedang cuba memulihkan ekonomi Negeri Sabah hasil daripada peninggalan pentadbiran terdahulu.

2. Jaujan Sambakong dipetik berkata didalam portal berita harian siaran pada 21 Mei 2019 “walaupun kerajaan berdepan pelbagai kesukaran selepas mengambil alih pentadbiran negeri, tumpuan terhadap program  pemulihan ekonomi tidak terjejas, sekali gus meyakinkan rakyat terhadap usaha yang dilaksanakan kerajaan sekarang.

“Kita baru kira-kira setahun mengambil alih kerajaan dan memulihkan ekonomi negeri dan negara. Ia memang bukan sesuatu yang mudah, namun kita dapat mengembalikan keyakinan rakyat dan melaksanakan program pemulihan ekonomi yang dirancang.”

3. Saya merasakan semasa membuat kenyataan yang tersebut di atas Jaujan mungkin dalam keadaan kebingungan, maklumlah akibat berada dalam kondisi lapar dimana ketika ini umum mengetahui umat Islam sedang berpuasa termasuk Jaujan. Namun perbuatan mengeluarkan tuduhan melulu adalah jelas satu perbuatan yang salah dan berunsur fitnah.

4. Saya ingin mencabar Jaujan untuk menunjukkan bukti berupa dokumentasi ataupun dapatan fakta dari sumber mana yang menunjukkan ekonomi negeri Sabah semasa pentadbiran lama dalam keadaan tenat?. Bukti ini amat perlu bagi membuktikan bahawa Jaujan tidak berbohong dan cuba pula membohongi rakyat Sabah.

5. Saya juga ingin menarik perhatian Jaujan, untuk makluman dari segi faktanya, Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 bertarikh 03 Disember 2018 telah mengesahkan bahawa kedudukan kewangan kerajaan negeri Sabah pada tahun 2017 adalah baik. Menurut laporan berkenaan, Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM390.64 juta atau 16.2 peratus kepada RM2.80 bilion pada tahun 2017 berbanding RM2.41 bilion pada tahun 2016.

6. Turut dilaporkan oleh Jabatan Audit Negera dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 juga kedudukan kewangan kerajaan Sabah pada 31 Disember 2016 adalah baik.  Berdasarkan laporan itu, Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM276.74 juta atau 13 peratus daripada RM2.14 bilion pada 2015 kepada RM2.41 bilion pada tahun 2015. Akaun Hasil Disatukan pula mencatatkan lebihan sejumlah RM66.58 juta, menjadikan baki terkumpul meningkat kepada RM3.74 bilion pada tahun 2016.

7.  Laporan kewangan Jabatan Audit Negara pada tahun 2015 juga mengesahkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sabah pada 31 Disember 2015 masih di tahap baik walaupun terdapat penurunan dalam Kumpulan Wang Disatukan.

8. Selain mendapat pujian, Jabatan Audit Negara turut memberikan anugerah penarafan empat (4) bintang iaitu penarafan tertinggi di bawah Indeks Akauntabiliti, turut diberikan adalah sijil tanpa teguran selama 16 tahun berturut-turut,  manakala Moody’s International pula telah memberikan sijil ISO selama tujuh tahun berturut-turut diatas kecemerlangan pengurusan kewangan pentadbiran terdahulu.

9. Mengambil alih daripada kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 2003 rezab kewangan Negeri Sabah hanya berjumlah RM180 juta sahaja manakala pada tahun 2017 selepas 14 tahun mentadbir Negeri Sabah jumlah Wang rezab Negeri Sabah berjumlah 3 billion lebih.

10. Ini adalah sebahagian kecil fakta yang boleh diakses melalui Jabatan Audit Negara dan telah dibentangkan di Parlimen sebagai rekod yang sah.

11. Dalan pada itu, saya turut ingin mencabar Jaujan untuk menunjukkan bukti berupa fakta dan memohon agar dapat disenaraikan, selain daripada perancangan pemutihan dan menempatkan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Pulau Negeri Sabah, apakah perancangan baharu yang telah berjalan berupa peningkatan pendapatan Negeri dan rakyat Sabah bermula mei 2018 sehingga mei 2019?. Apakah inisiatif kerajaan mengurangkan pengangguran di Sabah agar tidak lagi kedengaran keluhan dari YB Moyog yang berbunyi “Sick And Tired” ataupun “Bosan Dan Penat” kepada Ibu Bapa Mahasiswa yang menganggur.

12. Selain dari itu saya juga ingin mencabar Jaujan untuk menunjukkan bukti senarai projek beserta nilai harga sepanjang Datuk Seri Shafie Apdal menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) selama sembilan tahun untuk manfaat rakyat Negeri Sabah. Saya juga meminta disenaraikan sekali senarai kontraktor yang melakukan kerja-kerja tersebut. Perkara ini amat penting agar rakyat dapat menilai keberkesanan Datuk Seri Shafie Apdal sepanjang menjawat Menteri tersebut.

Shafie Apdal…

13. Saya juga turut meminta bukti sahih daripada Jaujan daripada sumber dapatan mana, siapa yang melakukan bancian, daerah mana, golongan serta umur serta berapa ribu respondan yang telah ditemui sehingga Jaujan begitu berani menyatakan bahawa rakyat semakin yakin dengan pentadbiran Parti Warisan di Sabah.

14. Kalaulah hanya dengan kemenangan DAP di Sandakan yang telah diketahui umum sebagai kubu kuat DAP, dimana wujud olokan sekalipun diletakkan seekor haiwan pun pasti DAP akan menang, kemudian dijadikan pula sebagai kayu pengukur oleh Jaujan, ini jelas menunjukkan Jaujan perlu lebih banyak mengaji bab politik. Harus diingat Sabah mempunyai 25 Parlimen dan membuat perbandingan hanya melalui satu Parlimen adalah fakta yang langsung tidak boleh diterima pakai.

15. Lambat-laun kebenaran pasti akan terdedah dan kelak rakyat akan memahami siapa sebenarnya pejuang rakyat atau sebaliknya.

16. Saya juga berharap dengan kemasukan Parti BERSATU di Sabah sedikit sebanyak akan mampu mengurangkan kaedah banyak becakap dan lebih banyak bekerja demi untuk rakyat Sabah oleh Parti Warisan Sabah di Sabah.

Sekian.

Datuk Zulkarnain Mahdar
Pengerusi,
Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia@G57