YB Warisan ‘Sick & Tired’ Tutup Pejabat DUN Berterusan Mendapat Kecaman...

YB Warisan ‘Sick & Tired’ Tutup Pejabat DUN Berterusan Mendapat Kecaman Rakyat Penampang?

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Selepas membuat pengesahan menutup pejabat pentadbiran wakil rakyat DUN Moyog, YB Jennifer Lasimbang berterusan mendapat kecaman oleh pengundi di kawasan Penampang khususnya di DUN Moyog.

Memetik laporan The Star Online pada 13 Mei 2019, Jennifer yang juga Pembantu Menteri Kepada Kementerian Pelajaran Dan Inovasi telah membuat pengesahan untuk menutup pejabat ADUN tersebut. Sebelum ini tular paparan mesej dengan nada merajuk oleh Jennifer selepas kalah dalam pemilihan Ketua Wanita Warisan sehingga dikatakan menjadi penyebab penutupan pejabat tersebut.

Walaubagaimanapun, Jennifer turut membuat penafian menutup pejabat DUN kerana merajuk sebaliknya bagi tujuan pengubahsuaian.

Kakitangan pejabat ADUN juga dikatakan kini dalam keadaan terumbang-ambing kerana tidak mengetahui sama ada khidmat mereka masih diperlukan atau sebaliknya.

Hantaran mesej Jennifer yang berbunyi “Saya kecewa bukan sebab saya kalah dalam pemilihan ini tetapi tiada pun antara kamu (kecuali) beberapa who even bother to come and support me. Lepas tidak menang, hanya 2/3 yang hantar message untuk memberikan saya semangat.”

“Saya dengan ini memberikan semua staff cuti sehingga dimaklumkan kelak. The DUN office is close until further notice.”

Pengundi bagi kawasan Moyog yang ditemui pula menyifatkan tindakan menutup pejabat ADUN Moyog jika bagi tujuan pengubahsuaian tidak ada masalah bagi mereka, namun mesej yang tular tersebut jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

“Selepas menyebabkan hampir seluruh pengundi marah dengan mesej ‘Sick and Tired’, YB ni buat hal lagi, di mana pengundi Moyog mahu adukan masalah kalau pejabat ADUN ni ditutup, kita berharap agar penutupan pejabat ini hanya untuk sementara sahaja dan kita berharap ianya hanya untuk pengubahsuaian saja dan bukan sebab merajuk.”

“Kami juga turut berharap agar kakitangan yang tidak memberikan sokongan moral kepada Jennifer selepas beliau kalah dalam pemilihan Ketua Wanita Parti Warisan Sabah seperti dalam mesej yang tular tersebut tidak diberhentikan kerja,” soal pengundi Moyog yang ditemui.

Wujud juga kenyataan daripada mereka yang ditemui dengan nada kecewa “inilah tahap (level) wakil rakyat Parti Warisan, daripada Ketua Menteri sehingga wakil rakyat semua tidak memberikan sebarang manfaat untuk kebajikan rakyat, lihat sahaja isu jawatan Ketua Kampung sehingga kini selepas lebih setahun Parti Warisan memerintah masih banyak lagi tempat yang jawatan Ketua Kampung masih belum terisi.”

Warganet juga turut memuat naik kenyataan dengan nada sindiran “Kerajaan yang dibentuk dengan gelaran ‘KATAK’ tidak mungkin akan dapat menyempurnakan hak rakyat”.

Jennifer Lasimbang dikenali oleh warganet sebagai YB ‘Sick And Tired’ selepas beliau memuat naik tulisan dilaman sosial miliknya dengan dengan tulisan “Getting sick and tired of getting phone calls, WhatsApps and email from PARENTS asking me to look for a job for their children – unemployed GRADUATES!”

“Bosan dan penat mendapat panggilan telefon, mesej Whatsapp serta emel daripada ibu bapa yang mencari pekerjaan kepada anak-anak mereka yang kini menganggur selepas tamat pengajian.”