Zahid Hamidi Bakal Dipanggil SPRM Berhubung Isu Rasuah Sebuah Dana Yayasan

Zahid Hamidi Bakal Dipanggil SPRM Berhubung Isu Rasuah Sebuah Dana Yayasan

0
SHARE

PETALING JAYA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadapi satu proses siasatan berkenaan kes rasuah apabila bakal dipanggil esok untuk mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan dana yang dimiliki oleh sebuah yayasan.

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dijangka akan mengambil kenyataan mengenai pertemuannya dengan ahli keluarga diraja Arab Saudi yang dikatakan telah mendermakan wang kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut satu sumber tertinggi, bekas timbalan perdana menteri itu akan diminta menjelaskan dakwaan terhadap dirinya bahawa dana dari yayasan itu digunakan untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya berjumlah RM800,000.

Dr Ahmad Zahid adalah pengerusi yayasan tersebut. Rekod telah menunjukkan yayasan itu didaftarkan pada tahun 1997 dan peranannya adalah untuk menerima dan mentadbir dana bagi membasmi kemiskinan.

Difahamkan bahawa sumber tersebut telah menemui beberapa dokumen yang menunjukkan beberapa transaksi pembayaran untuknya dan juga isterinya.

“Penyiasat juga akan menyoal berhubung kenyataan dibuatnya mengenai pertemuan dengan Putera Arab Saudi…

Kami hendak mengetahui lebih lanjut mengenai individu yang beliau temui itu dan apa yang berlaku ketika pertemuan itu,” kata seorang sumber itu.

Pada 22 Ogos 2015, ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Sri Gading, Zahid berkata, beliau bertemu keluarga Arab Saudi yang menderma AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Beliau berkata, keluarga yang tidak dikenali itu telah mendermakan wang tersebut kerana komitmen Malaysia dalam memerangi keganasan dan menjadi negara Islam terhadap masyarakat majmuk.

Pegawai peringkat tertinggi SPRM juga tidak dapat dihubungi mengenai pelantikan Dr Ahmad Zahid dengan mereka.