Zakaria Hanafi Calon BN Di Semenyih, Persaingan Sengit Bakal Berlaku Diantara BN...

Zakaria Hanafi Calon BN Di Semenyih, Persaingan Sengit Bakal Berlaku Diantara BN Dan PH

0
SHARE
Zakaria Hanafi...

SEMENYIH, SELANGOR – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan penduduk tempatan yang juga ahli biasa UMNO, Zakaria Hanafi, 58, sebagai calon BN bagi PRK DUN Semenyih.

PRK Semenyih diadakan susulan kematian pemimpin ADUN tersebut iaitu Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac depan.

Penamaan calon pula ditetapkan pada 16 Februari, manakala tarikh mengundi awal pada 26 Februari.

Laluan Berliku Buat Pakatan Harapan (PH)

Jumlah pengundi berdaftar bagi DUN N24 Semenyih adalah sebanyak 54,503 pengundi.

Dalam jumlah itu, jumlah pengundi Melayu merupakan yang terbesar iaitu 36,857 pengundi (69.2 peratus), Cina 8,939 (16.8 peratus) dan India 7,062 (13.3 peratus).

Pada PRU ke 14 yang lepas calon PH Allahyarham Mohd Bakhtiar Mohd Noor menewaskan tiga calon lain dengan kelebihan majoriti sebanyak 8,964 mengalahkan calon BN Datuk Johan Abd. Aziz, calon PAS Mad Shamour Mad Kosim dan PSM S. Arutchelvan dengan Majoriti 4,757.

Bakhtiar Mohd Nor…

Namun perkara yang amat menarik dilihat ketika ini adalah kerjasama diantara BN dan PAS memungkinkan calon BN dijangka mempunyai peluang agak baik untuk menang dalam PRK kali ini.

Jika kesepakatan antara UMNO dan PAS dapat diterjemahkan sama seperti di Cameron Highland tidak mustahil calon BN akan mengulangi kejayaan seperti di Cameron Highland dimana BN menang dengan majoriti sebanyak 3,238 undi.

Untuk rekod pada pilihan raya ke 14 yang lalu jumlah undian calon BN Datuk Johan Abd. Aziz adalah sebanyak 14,464 manakala calon PAS Mad Shamour Mad Kosim dengan undian sebanyak 6,966. Ini bermakna jumlah pengundi terkumpul bagi kedua parti ini adalah sebanyak 21, 430.

Penganalisis politik turut menjangkakan persaingan yang agak sengit diantara BN dan PH meskipun calon dari parti lain turut bertanding, memandangkan jentera BN ketika ini turut dibantu oleh jentera PAS yang sememangnya mempunyai anggota akar umbi yang kuat.

Penganalisis politik juga berpandangan keputusan PRK Semenyih kecil kali ini juga adalah ujian kepada Kerajaan PH sama ada dasar dan hala tuju PH kini diterima dengan baik oleh rakyat ataupun sebaliknya dan juga kerjasama diantara UMNO dan PAS adakah ahli-ahli akar umbi PAS dapat menerima UMNO berkerjasama dengan PAS.