Zamani Sah Bergelar Suami Kepada Juliana

Zamani Sah Bergelar Suami Kepada Juliana

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Penyanyi Zamani Ibrahim, 48, sah bergelar suami kepada pasangannya, Nur Juliana Abdull Rani, 36, dalam satu majlis tertutup dan ringkas di sini, malam tadi.

Menurut sumber, majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga  dan kenalan terdekat.

Namun, Zamani dalam satu kenyataannya meminta maaf kerana tidak menjemput pihak media dan menghebahkannya lebih awal.

“Saya minta maaf kerana majlis ini dibuat secara tertutup dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak…

Sumber Foto; Instagram ZimeProduction…

“Saya bukan menafikan peranan wartawan terhadap karier saya, tapi ini hanya majlis akad nikah dan kami akan jemput semua pihak pada majlis resepsi yang dirancang nanti,” katanya.

Pada majlis pernikahan tersebut, Zamani memberi pengantin perempuan sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 beserta menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak pengantin perempuan.