Zidane Bakal Pengurus Baru Manchester United Jika Mourinho Dipecat

Zidane Bakal Pengurus Baru Manchester United Jika Mourinho Dipecat

0
SHARE

Zinedine Zidane memberitahu rakan-rakannya bahawa dia menjangkakan ditawarkan sebagai pengurus Manchester United sekiranya Jose Mourinho dipecat.

Mail Online UK melaporkan bahawa Mourinho menghadapi ujian terbesar dalam menggalas tanggungjawab di Manchester United selepas kemelut pada musim panas yang menyebabkan konflik dengan ketua Old Trafford, Ed Woodward dan pemain, Paul Pogba.

Paul Pogba…

Pengurus pasukan berusia 55 tahun kini menghadapi perlawanan penting di kandang sendiri bertemu Tottenham pada malam Isnin lalu di saat beliau cuba menangani masalah semasa di Manchester daripada terus krisis yang amat besar.

Namun, Manchester United secara terbuka menyokong Mourinho dan menafikan spekulasi mengenai Zidane akan menggantikan beliau.

“Kenapa kita membincangkan mengenai dia (Zidane) sedangkan tiada kekosongan jawatan?,” kata seorang sumber kanan awal minggu ini.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa pengurusan tertinggi di Old Trafford menyedari terdapat keperluan untuk pelan kontingensi sekiranya kedudukan Mourinho semakin tergugat.

Sementara itu, Zidane percaya beliau adalah calon utama untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Malah, beliau memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakannya bahawa beliau amat berminat untuk menguruskan Manchester United.