Zuraida Jadi Menteri Persekutuan Kerajaan PH Pertama Melawat Sarawak

Zuraida Jadi Menteri Persekutuan Kerajaan PH Pertama Melawat Sarawak

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sarawak – yang pertama oleh seorang menteri Persekutuan  Pakatan Harapan (PH), selepas parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Ketibaan Zuraida disambut Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How, Ahli Parlimen Saratok Ali Biju dan Ahli Parlimen Miri Dr. Michael Teo Yu Keng bersama hampir 100 penyokong parti itu.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, beliau bersyukur kerana dibenarkan kerajaan Sarawak untuk memasuki negeri ini selepas beberapa kali disekat.

Katanya, kali terakhir beliau dibenarkan masuk ke Sarawak ialah ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia Januari, tahun lalu.

“Rasa terkejut dengan sambutan diterima (malam ini), mereka pun sudah lama tunggu saya masuk ke Sarawak* Kemasukan saya kali ini sebagai menteri, kita ada tugas dan insyaAllah  akan dapat membantu rakyat Sarawak,” katanya.

– BERNAMA